Hari Sukan Negara Tahun 2016

October10

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. 

Seperti sekolah-sekolah yang lain, warga SK Pengalat Kecil tidak ketinggalan turut sama menyertai program yang amat bermanafaat ini. Antara pengisian program pada hari itu termasuklah acara lari berganti-ganti 50 meter untuk para guru dan pelajar, aktiviti berjalan laju, pertandingan makan roti dan lain-lain. 

img-20161008-wa0024

img-20161008-wa0022

img-20161008-wa0023

img-20161008-wa0014

Email will not be published

Website example

Your Comment:

Archives

October 2016
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Pages



Skip to toolbar