INFO AM

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya

pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

JANGAN…..

> Jangan sengaja lewatkan solat.
> Perbuatan ini Allah tidak suka.
> Kalau tertidur lain cerita.

> Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
> Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

> Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
> Makruh kerana ia membahayakan.

> Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
> Makruh dan mewarisi kepapaan.

> Jangan tidur selepas solat Subuh,
> nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

> Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
> Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

> Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
> Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

> Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
> Makruh dan mewarisi kepapaan.

> Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
> Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

> Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,
> kerana mati boleh datang bila-bila masa.

> Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
> kalau memang kita bersalah..

> Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
> Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

> Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
> Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

> Jangan bakhil untuk bersedekah.
> Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

> Jangan banyak ketawa.
> Nanti mati jiwa.

> Jangan biasakan berbohong,
> kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

> Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
> Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

> Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
> Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

> Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
> Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
> ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

(DIPETIK DARI LAMAN WEB SK PUTRAJAYA PRESINT 9(1))

WE LEARN:

10% of what we read;20% of what we hear;30% of what we see;50% of what we both hear & see;70% of what is discussed;80% of what we experience personally;95% of what we teach to someone else;

William Glasser, M.D.

Email will not be published

Website example

Your Comment:

Archives

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

Pages



Skip to toolbar